Sekurang-kurangnya 10 anggota polis Pakistan terbunuh dalam satu insiden pengebom berani mati di Baluchistan pada Isnin.
Suspek dikatakan menunggang motorsikal sebelum merempuh trak yang dinaiki anggota polis.
Menurut agensi berita antarabangsa, 12 lagi anggota polis tercedera dalam kejadian itu.